|
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan unit web rasmi, "permatangpauh.com" yang sedang berusaha memuatkan perkembangan terkini untuk maklumat kepada pengundi-pengundi, petugas, penyokong dan seluruh masyarakat Malaysia supaya boleh mengikuti laporan langsung dari Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan ini.
Di samping itu, saya sukacita mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kepada semua penyokong-penyokong dan petugas kali ini, semoga anda boleh mengunakan bahan-bahan dalam laman ini sebaiknya bagi membantu anda. Diharap para penyokong dan petugas pilihanraya Pakatan Rakyat Umumnya hendaklah menjalankan tugas dengan komited, beramanah dan berdisiplin. Sila ikuti maklumat dan arahan terkini melalui web ini adalah rasmi. YB Dato' Zahrain Mohamed Hashim
Ketua Perhubungan Keadilan Negeri Pulau Pinang
Ahli Parlimen Bayan Baru
|