Header image 

Jaringan Sokongan:

BlogDSAI


SuaraKeadilan

Harahdaily

LamanMarhaen


PKR Bah. Bayan Baru
Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Malaysia-Today
Malaysiakini
TV Pas.Com

Go Malaysian
chegubardblog
malaysiabiz-aloha
cucumatkilau
haninasution
perakexpress
matcomot
perisik-rakyat
zorro-zorro-unmasked
harismibrahim
nnora75reform

YB Fuziah Salleh
Media Rakyat
no2umno
YB Sim Tze Tzin
YB Yusmadi
YB N.Gobalakrishnan
YB Zulkifli Nordin
YB Tian Chua
Pengupas
Mat Sama Kati
Pakatan Online
Siasahdaily
Hijat
Skuad Batu Caves
AMK Kuala Langat


BERITA

PM, TPM turun padang pujuk ahli, bukan berkempen
(SKeADILan)

SEBERANG JAYA: - Desas-desus yang menyatakan bahawa ada cawangan-cawangan Umno di Permatang Pauh akan mensabotaj jentera pilihan raya kecil Permatang Pauh berikutan menyebabkan Presiden dan timbalannya kelam kabut turun padang untuk 'memujuk' cawangan berkenaan.

Ini berikutan rasa tidak puashati di kalangan ahli-ahli Umno sendiri terhadap pemilihan calon BN oleh kepimpinan Umno untuk menentang calon pakatan Rakyat, Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim.

Sumber-sumber yang ditemui Suara keADILan memberitahu tindakan mengenepikan Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid menyebabkan persefahaman dan perpaduan cawangan-cawangan Umno retak dan terbahagi kepada dua kumpulan.

Kepimpinan Umno telah memilih ADUN Seberangjaya, Datuk Arif Omar Shah sebagai calon mereka sekaligus mengenepikan Jalil dan timbalannya bekas imam masjid negara Firdaus.

SK juga dimaklumkan bahawa sebaik sahaja calon BN diumumkan 13 Ogos lalu, Jalil dikatakan telah menyerahkan surat perletakan jawatan kerana tidak puashati beliau diketepikan.

Tindakan beliau itu difahamkan telah disokong oleh beberapa cawangan Umno di Permatang Pauh dan keadaan itu menyebabkan kepimpinan Umno, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Najib Abdul Razak terpaksa turun padang untuk 'memujuk' kesemua ketua-ketua cawangan terbabit.

Difahamkan juga beberapa mesyuarat dan pertemuan tertutup terpaksa diadakan bersama-sama ketua cawangan berkenaan.

Sumber memberitahu SK, sememangnya keadaan jentera pilihan raya Umno tidak sekata dan wujud perpecahan di kalangan mereka walaupun Jalil kemudiannya dikatakan telah menarik balik surat perletakan jawatan beliau.

Beliau juga mendedahkan jentera pilihan raya Umno sebenarnya tidak selicin dan sepakat yang dilihat dan sebaliknya masih wujud ketidaksefahaman dan kekeliruan di kalangan petugas-petugas terbabit.

Anwar, menghadapi dua calon lain dalam pilihan raya kecil kawasan parlimen P44 Permatang Pauh, selain daripada menghadapi calon dari Umno, Arif Shah, beliau juga ditentang oleh calon dari Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) Hanafi Mahat.

 

 

Hulurkanlah sumbangan anda untuk pilihanraya kecil ini [ klik di bawah ]
sumbangan anda


Program Terkini
 
Pemberitahuan
 
Pandangan