Header image 

Jaringan Sokongan:

BlogDSAI


SuaraKeadilan

Harahdaily

LamanMarhaen


PKR Bah. Bayan Baru
Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Malaysia-Today
Malaysiakini
TV Pas.Com

Go Malaysian
chegubardblog
malaysiabiz-aloha
cucumatkilau
haninasution
perakexpress
matcomot
perisik-rakyat
zorro-zorro-unmasked
harismibrahim
nnora75reform

YB Fuziah Salleh
Media Rakyat
no2umno
YB Sim Tze Tzin
YB Yusmadi
YB N.Gobalakrishnan
YB Zulkifli Nordin
YB Tian Chua
Pengupas
Mat Sama Kati
Pakatan Online
Siasahdaily
Hijat
Skuad Batu Caves
AMK Kuala Langat


BERITA

COMPLAIN LATTER TO ELECTION COMMISSION

Complain Letter to Election Commission

Secretary General of Parti Keadilan Rakyat Dato Salehuddin Hashim has lodged a complain to the Election Commission today. The letter was submitted to the EC Chairman Personal Assistant Pn Jamaliah Mohammed at 1:15pm.

click here to see pdf <<

RUJUKAN KAMI:    SUA2008/SPR/0115
   
TARIKH:    21 Ogos 2008


Yang Berbahagia
Tan Sri Dato' Seri Ab. Rashid b. Ab. Rahman
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
Aras 4 & 5, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 PUTRAJAYA

Yang Berbahagia Tan Sri,

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

ADUAN BERHUBUNG PERJALANAN KEMPEN PILIHANRAYA KECIL P.44 PARLIMEN PERMATANG PAUH

Menemui Yang Berbahagia Tan Sri semoga dalam lingkungan kesejahteraan yang baik.

Merujuk kepada perkara di atas dan seperti yang kita maklumi bersama bahawa Pilihanraya Kecil bagi Parlimen Permatang Pauh sedang rancak berjalan. Pilihanraya kali ini dianggap paling menjadi tumpuan negara dan dunia kerana mempertemukan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim menentang calon dari UMNO dan AKIM.

Adalah sangat mendukacitakan ketika seluruh rakyat dan masyarakat antarabangsa begitu berminat mengikuti perkembangan pilihanraya, namun perjalanan kempen pilihanraya terus dicemari dengan pelbagai salah laku kempen yang memperlihatkan kelemahan sistem demokrasi di Malaysia dan tentunya memperlihatkan kegagalan SPR untuk mengendalikannya secara adil dan telus.

Saya sangat mempersoalkan kredibiliti dan kerja SPR kerana apa yang timbul bukanlah perkara baru malahan ianya adalah perkara sama yang berbangkit pada setiap kali pilihanraya walaupun berbagai-bagai aduan, kritikan, dan cadangan telah dikemukakan kepada pihak SPR.

Sehubungan dengan itu saya meminta dan berharap agar SPR dapat meneliti untuk bertindak dengan serius dan bersungguh-sungguh terhadap aduan yang saya kemukakan seperti berikut; 

i.    Nama Pengundi Hilang

    Dilaporkan bahawa terdapat lebih dari 900 pengundi yang namanya tercicir dan hilang daripada buku daftar pemilih bagi Parlimen P.44 Permatang Pauh. Nama-nama tersebut terdapat dalam senarai daftar pemilih yang lepas dan boleh membuang undi pada pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini kini didapati tercicir dari daftar pemilih terbaru.

ii.    Pemilihan Hari Bekerja Sebagai Hari Membuang Undi

    Dilaporkan bahawa pemilihan hari Selasa 26hb Ogos, 2008 iaitu hari bekerja adalah sesuatu yang sangat dipersoalkan kerana akan menyukarkan kepada pengundi untuk membuang undi terutamanya pengundi-pengundi yang bekerja dan pengundi yang berada diluar kawasan.

iii.    Menggunakan Agensi Kerajaan Untuk Tujuan Kempen UMNO/BN

    Agensi kerajaan telah dugunakan secara terang-terangan untuk berkempen bagi pihak Parti kerajaan UMNO/Barisan Nasional. Penglibatan agensi kerajaan untuk tujuan kempen adalah menjadi suatu kesalahan dan melanggar etika kempen pilihanraya

iv.    Laporan Media Yang Berat Sebelah

    Laporan media terhadap kempen pilihanraya secara keseluruhannya menyebelahi calon UMNO/BN dan pendekatan menyerang calon Parti Keadilan Rakyat secara keseluruhannya laporan media adalah sesuatu yang malang bagi prinsip etika media dan sistem Demokrasi Malaysia.

v.    Penggunaan Pasukan Anggota Keselamatan

    Kempen pada kali ini menampakkan kawalan keselamatan yang berlebihan. Ramainya anggota polis, menggunakan helikopter dan polis simpanan persekutuan adalah bertujuan untuk mengganggu kempen dan mewujudkan rasa takut kepada pengundi disamping media cuba melabelkan Parti Keadilan Rakyat dengan keganasan yang langsung tidak berasas sama sekali.

vi.    Mengambil Kad Pengenalan Pengundi

    Terdapat laporan petugas-petugas kempen UMNO/BN telah berjumpa dengan pengundi dan mengambil kad pengenalan pengundi atau salinan kad pengenalan. Tindakan ini adalah menjadi suatu kesalahan dan mewujudkan kesangsian tindakan UMNO/BN.

vii.    Sogokan Wang kepada Pengundi

    Dilaporkan bahawa kempen UMNO/BN telah menggunakan sogokan wang untuk meraih undi. Petugas Umno/Bn bertemu pengundi menawarkan wang supaya pengundi diminta mengundi calon UMNO/BN atau pun pengundi menyerahkan kad pengenalan mereka. Tindakan ini selain menyalahi etika pilihanraya dan mempunyai unsur amalan rasuah.

Kerjasama dan tindakan dari pihak Tan Sri saya hargai dengan ucapan terima kasih. Semoga usaha bersama kita memartabatkan demokrasi Malaysia akan mencapai kejayaan.

Sekian, terima kasih.


DATO' SALEHUDDIN HASHIM
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat


 
Program Terkini
 
Pemberitahuan
 
Pandangan