|
PERMATANG PAUH, Yayasan Aman 24 Ogos - YB Tian Chua, Ketua Penerangan PKR Pusat mendedahkan sudah berlaku di beberapa kedai kopi ada pihak tertentu mendapatkan beberapa nama termasuk nombor kad pengenalan.
Pihaknya berjaya merampas senarai nama berkenaan semasa aktivi dijalankan.
Pihak-pihak ini dijanjikan dengan ganjaran, sekiranya Datuk Seri Anwar:
1. Menang dengan majoriti kurang 10,000, ganjaran RM200 setiap orang;
2. Menang dengan majoriti kurang 5,000 ganjaran RM500 setiap orang; sekiranya
3. Kalah, ganjaran RM1000 setiap orang.
Tian menasihatkan supaya orang ramai agar tidak mudah tertipu dengan ganjaran ini.
Tindakan menyogok orang ramai dengan ganjaran ini adalah untuk mendorong tekanan kepada mereka agar mengalahkan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya ini.
Nama-nama yang diperolehi adalah sebagai bukti, selain itu orang yang mendedahkan maklumat ini sedang dirahsiakan.
Tidak boleh menolak kemungkinan BN terlibat dalam aktiviti 'bookie' seperti ini, malah secara terbuka, selain daripada BN pihak ini turut mengambil maklumat semua orang termasuk dari DAP, PAS mahupun PKR yang singgah dikedai-kedai kopi atau ditempat-tempat tertentu.
Sebelum ini calon BN, Arif Shah yang mengakui secara terbuka beliau ada membayarkan wang kepada bukan pengundi dan menyogok, kenyataan beliau dirakamkan oleh beberapa akhbar secara meluas pada 22hb. dan 23hb. Ogos lalu.
Pendedahan ini adalah cukup untuk membatalkan Arif Shah daripada bertanding.
|